Thursday, April 29, 2010

Ulasan Perlawanan ke-3 Pelakar Berdesum melawan Gajah Nelang dari Kuala Terengganu, Terengganu

Usaha tuan pengerusi KRT Pangkal Chuit untuk menubuhkan pasukan dodgeball adalah sebenarnya amat rumit…kawasan kampong kami boleh dikategorikan sebagai kawasan yang terpencil namun En Wan Adnan b Wan Aziz yakin dengan apa yang hendak diusahakan dan bantuan daripada Jabatan Perpaduan maka Pasukan Dodgeball KRT Pangkal Chuit tertubuh.

Terbukti apa yang telah diusahakan tidak sia siaa apabila game ke-3 kami melawan pasukan Gajah Nelang dari Negeri orang minyak, Terengganu telah mencatatkan 5-0 bagi pihak perempuan dan tambahan 4-0 mata bagi perlawanan pihak lelaki….sesungguhnya latihan bertubi tubi yang telah diasak untuk para pemain membuahkan hasil kerana kami layak untuk ke peringkat semi final.

Harapan agar pasukan kami akan terus mengejar juara dan mempamirkan persembahan terbaik. Sukan dodgeball ini amat bermakna dan kami amt berterima kasih kepada Malaysian Association of Dodgeball dan juga Jabatan Perpaduan Malaysia kerana member peluang kepada KRT kampong kami mempersembahkan sukan ini dengan jayanya.
Ini adalah rentetan peristiwa sepanjang kejohanan yang berlansung dari pagi hingga ke tengahari.


Pasukan perempuan Pelakar Berdesum


Pasukan lelaki Pelakar Berdesum


Fanfare Pelakar Berdesum

Juru ulas pelakar berdesum ahmad mahmood tidak memakai topi berbaju merah
Harapan Pasukan Dodgeball KRT Pangkal chuit adalah untuk menjadi juara dan mewakili zon timur tapi kami akan terus tetap berusaha dan membuktikan kebolehan yang kami ada.

Terima kasih diucapkan kepada semua untuk peluang yang diberikan dan kami amat menghargai segala usaha untuk mewujudkan perpaduan diantara semua masyarakat Malaysia khususnya Negeri Pahang dan Terengganu yang berada di zon timur…..Satu Malaysia telah kita jaya kecapi…..marilah kita mengeratkan lagi ikatan ini dengan mengadakan sukan ini lagi pada masa akan datang.

Ulasan Perlawanan ke-2 Pelakar Berdesum KRT Pangkal Chuit melawan pasukan Penyu Tabah dari Kuala Terengganu, Terengganu

Memandangkan matahari semakin tinggi dan cuaca semakin panas…angin bayu yang bertiup dari laut china selatan nampaknya tidak dapat membantu meredakan kemarakkan semangat juang pasukan Dodgeball KRT Pangkal Chuit Pelakar Berdesum


Perlawanan kedua memaparkan aksi aksi dari pasukan Penyu Tabah iaitu pasukan tuan rumah negeri Terengganu Daru Iman.


Perlawanan pertama iaitu diantara pasukan perempuan Pelakar berdesum melawan pasukan perempuan Penyu tabah menyaksikan perlawanan sebanyak 5 game dimana pasukan perempuan pelakar berdesum telah bangkit semula untuk menebus kekalahan pada game sebelum ini.




Hanya pada game ke 4 dimenangi oleh pasukan perempuan penyu tabah namun mata memihak kepada pasukan perempuan Pelakar berdesum dengan mata akhir 5-3.
Pasukan fan fare kelihatan begitu bertenaga dan bersuara lantang tidak peduli tentang cuaca panas yang begitu membakar haba badan. Barisan pasukan fanfare Dodgeball Pangkal Chuit diketuai oleh Isa dan ramai ahli menyanyikan lagu dikir barat yang mana menjadi lambing seni tradisional negeri cik siti wan kembang, Negeri Kelantan.

Ulasan Permainan Pertama menentang Cobra Berkat dari Maran, Pahang Darul makmur

Tepat pada jam 9.00 pagi dibawah matahari yang mula bersinar dan memanaskan segala yang ada dimuka bumi Kuala Terengganu, Pasukan perempuan bawah 20 tahun Pelakar Berdesum mula mengambil tempat menentang Pasukan Cobra Berkat yang berasal dari Maran, Pahang.

Pasukan Pelakar Berdesum diketuai oleh Hajar yang memakai jersi no 15, dan dianggotai oleh Amierah no 10, Fazeela no 14, Are you bernombor 11, Nurul bernombor 12 dan Ayu.


Permainan berlangsung sebanyak 4 game dan game pertama telah dimenangi oleh Pasukan Pelakar berdesum…mungkin kerana terlalu yakin dengan kebolehan diri, akhirnya pasukan perempuan pelakar berdesum gagal memenangi game ke-2, ke-3 dan ke-4.
Pasukan Dodgeball perempuan Cobra Berkat gagah memenangi dengan menggunakan taktik tersendiri dengan melakukan gerakan yang mengelirukan. Akhirnya pada perlawanan dodgeball antara pasukan perempuan, Cobra Berkat telah memenangi perlawanan dengan mata 3-1.


Perlawanan diteruskan dengan pasukan lelaki Pelakar Berdesum dan pasukan lelaki diketuai oleh Tarmizi yang memakai baju bernombor 6, Azim bernombor 9, adha bernombor 3, saufiq bernombor 2, farisin bernombor 8 dan usop bernombor 5.
Sesungguhnya perlawanan ini amat sengit namum ketiga tiga perlawanan telah dimenangi oleh pasukan lelaki pelakar berdesum dengan keganasan dan ketangkasan azim, usop dan saufiq yang telah berusaha menyerang dan bertahan sehingga akhir….
Mata untuk perlawanan pertama adalah 4-3 dan ianya dimenangi oleh pasukan kebanggaan kami…Pelakar Berdesum untuk KRT Pangkal Chuit. Machang, Kelantan.

Thursday, April 22, 2010

Panasonic Lumix Digital Camera sebagai hadiah untuk Blogger Terbaik

Salah satu kriteria yang akan diambil kira untuk perlawanan Dodgeball peringkat Zon Timur pada tahun 2010 ialah Penulisan Blog oleh seorang blogger. Hasil tulisan yang kreatif dan menarik adalah salah satu bahagian yang akan diambil kira untuk pemarkahan keseluruhan.

Panasonic telah menjadi salah satu badan yang memberi sumbangan dalam kejohanan Dodgeball ini dan kamera compact digital Lumix berwarna merah telah menjadi salah satu hadiah kepada pemenang yang memenangi Penulisan Blog Dodgeball Terbaik.


Sejarah dan nama Panasonic tercipta pada tahun 1918 diatas sebuah meja pertukangan didalam rumah Konosuke Matsushita dimana pada masa itu Matsushita mencipta 2 soket fixture cahaaya. Bermula saat itu, produk Panasonic telah menjadi salah satu kejayaan untuk syarikat Matsushita Electric Industrial Co. Ltd. yang kini pada tahun 2010 telah berusia 92 tahun.

Panasonic adalah satu syarikat pembuatan untuk barangan elektronik didunia. Dengan pengalaman yang seiring dengan kecanggihan teknologi yang semakin meningkat, Panasonic berdiri sebagai satu syarikat gergasi dah kukuh dari semasa ke semasa disamping polisi syarikat yang cuba mencapai kepuasan pengguna 100%. Sekarang, nama Panasonic sinonim dengan perkataan inovasi, berkualiti dan mudah digunakan.


Memang terdapat banyak jenis kamera digital yang boleh dipilih dari Panasonic tetapi hadiah untuk Blogger terbaik pada tahun 2010 adalah jenis kamera yang terhasil dari kerjasama dengan pembuat kamera negara Jerman iaitu Leica. Dengan kepakaran lens untuk kamera daripada teknologi Leica dan kepadatan dan kemantapan kamera yang dihasilkan oleh Panasonic, perlahan lahan Panasonic mengukir nama dalam penghasilan Kamera digital yang kecil, banyak fungsi dan mudah dibawa dan digunakan.




Kamera yang menjadi hadiah untuk Blogger Terbaik ini adalah berwarna merah dan dimuatkan dengan segala aksesori seperti buku manual untuk memahami penggunaan Kamera, wayar penghubung untuk memuat turun dari kamera ke komputer, wayar cas semula bateri dan lain lain.


Apa yang saya harapkan adalah saya bole menjadi pemenang dan memenangi kamera itu kerana ianya sinonim dengan warna pakaian, bendera, logo pasukan Dodgeball KRT Kami iaitu pasukan Pelakar Berdesum yang juga berwarna Merah....

Dengan warna pasukan kami, warna kamera digital panasonic yang diharapkan menjadi milik Blogger kami, Panasonic akan mencipta sejarah dan akan menjadi satu kenangan buat pasukan dan seluruh penduduk kampung kami kerana ianya akan menjadi Kamera yang akan digunakan untuk mengabadikan warna warni kehidupan kami di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangkal Chuit.

Mofash.

Monday, April 19, 2010

Pelancaran Skim Rondaan Sukarela di KRT Pangkal Chuit


Bertarikh 19 April 2010, satu majlis telah diadakan di balairaya KRT Pangkal Chuit iaitu Pelancaran Skim Rondaan Sukarelawan bagi KRT Pangkal Chuit. Majlis dimulakan dengan sessi pendaftaran ahli sukarelawan oleh pengerusi SRS En Mohd Sabri b Mahmood seterusnya diteruskan dengan jamuan Nasi Ayam yang telah siap dibungkus.


Sessi pendaftaran, En Mohd Sabri berbaju hijau

Selepas itu, tepat jam 9.30 malam, tetamu kehormat iaitu wakil dari IPD Machang, YDH Sjn Asri b Idris tiba di balai raya dan semua berkumpul didalam untuk majlis pelancaran SRS KRT Pangkal Chuit.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari En. Wan Hassan b Wan Hamat.



antara penduduk kampung yang hadir


Pengerusi Majlis, En Ahmed Mahmood berbaju merah

Pengerusi majlis En Ahmed Mahmood seterusnya menjemput Tuan Pengerusi KRT Pangkal Chuit menyampaikan sepatah dua kata membicarakan tentang isu isu semasa dan aktiviti aktiviti yang dijalankan di KRT Pangkal Chuit dan menyeru semua penduduk kampung untuk bekerjasama dan turut serta dalam aktiviti SRS.

Masalah kecurian kabel telefon kerap berlaku dan akibat dari kejadian itu hampir 40% penduduk kampung terputus hubungan termasuk rumah Pengerusi KRT Pangkal Chuit iaitu Wan Adnan B wan Aziz.



Setelah ucapan alu aluan daripada Pengerusi KRT Pangkal Chuit, Wan Adnan b Wan Aziz, Majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil IPD Machang iaitu YDH Sjn Asri dan seterusnya melancarkan Skim Rondaan Sukarelawan bagi KRT Pangkal Chuit.



Dalam penyampaian ucapan wakil IPD Machang, YDH Sjn Asri b Idris, beliau berkata perkara yang diutamakan sekiranya berlaku penangkapan terhadap pencuri atau pesalah laku, SRS hendaklah menghubungi Polis secepat mungkin dan tindakan seterusnya akan di ambil. Selain itu beliau menasihati penunggang motosikal hendaklah memakai helmet semasa menghantar anak anak ke sekolah walaupun jarak rumah adalah dekat untuk mengelakkan disaman oleh pihak polis.


Setelah Majlis pelancaran dilaksanakan oleh YDH Sjn Asri b Idris, Pengerusi KRT Pangkal Chuit saudara Wan Adnan b Wan Aziz, memberikan sedikit penghargaan dan malis diteruskan dengan pembahagian kawasan dan jadual kerja oleh naib pengerusi SRS Cikgu Mohd Zamri b Mustapha. Tepat jam 11.30 malam, majlis bersurai.

Puan Sarimah Mahmood wakil daripada Telekom Malaysia turut hadir dan menerima penghargaan dari Pengerusi KRT Pangkal Chuit.


Cikgu Mohd Zamri b Mustapha.

Kawasan Skim Rondaan Sukarelawan terbahagi kepada 4 post iaitu Post 1 Pangkal Tengah, Post 2 Simpang 4, Post 3 Lorong Bujang dan Post 4 Pangkal Pulai. Seramai 99 penduduk kampung telah mendaftar menjadi ahli SRS dan setiap post akan dijaga oleg paling kurang 5 orang.


Semoga dengan tertubuhnya SRS di KRT Pangkal Chuit, diharap agar semua penduduk kampung bekerjasama untuk turun padang dan masalah kecurian kabel dan masalah kecurian yang lain dapat diatasi.

Mofash

Saturday, April 10, 2010

Latihan Dikir Barat Dodgeball Pangkal Chuit dan Lagu Tema Pasukan

Setelah hampir seminggu pasukan fan fare dodgeball pangkal chuit tidak menjalani apa2 latihan nyanyian ataupun bunyi bunyian, pada malam sabtu, seramai 25 orang anak muda termasuk para pemain lelaki dodgeball pangkal chuit telah datang menghadirkan diri ke Balai Raya KRT pangkal chuit untuk berlatih bersama sama pasukan fan fare.


Cikgu Wan Sabri selaku Pengurus keseluruhan pasukan dodgeball yang seterusnya menjadi ketua penasihat persembahan fan fare memulakan acara dengan melagukan dua buah lagu pembukaan untuk fan fare dan dituruti diiringi dengan paluan gong, gendang nyanyian dan sebagainya lantas memeriahkan majlis latihan.


Cikgu Wan Sabri b Wan Sulaiman (Pengurus pasukan dodgeball KRT Pangkal Chuit)

Puan Normah daripada Jabatan Perpaduan Machang telah turut sama turun padang melihat sessi latihan yang dijalankan serta memberi sedikit taklimat tentang acara yang akan berlansung pada kejohanan dodgeball zon timur yang akan berlansung seminggu dari tarikh sekarang.

Lagu Tema " Pelakar Berdesum"...diadaptasikan dari lagu selagi ada rindu

x nati ada panas dan hujan..
x nati ada ribut dan tofan..
x nati ada guruh berdetum...
pade sakat pelakar berdesum

Selagi ada waktu..
selagi ada nya gu..
ari ni kita bertemu..
dengan pelakar berdesum

adat lawe, kita lawe (2x)
meme adat mene..
kita kace (2x) bia mene(2x)
dengan semangat juang

Palakar berdesum
satu pasuke baru
pekong tu bia berdesum
bia kena tepat tuju (3x)

Pelaka berdesum (7x)
pelaka berdesum
pelaka berdesum
pelaka berdesum
pelaka berdesum
pelaka berdesum
pelaka berdesuuuummmmmmm


Semua fanfare kelihatan begitu bersungguh sungguh dan bersemangat melagukan lagu yang telah digubah dan setiap seorang ahli telah diberi satu salinan A4 untuk menghafal lirik2 lagu. Pada malam ini, dikir barat fanfare telah diserikan oleh anak bongsu Tuan Pengerusi KRT Pangkal Chuit iaitu Fareed Audee dan abgnya achik dimana microphone dipegang olehnya dan suaranya yg comel dan nyaring lantang melagukan lagu dikir barat untuk Fanfare Dodgeball KRT Pangkal Chuit.



Fareed Audee

Lirik lagu kedua:
Jange takut ko ore

Jange la kito dok takut ko ore
baik la baik jaga permainae
ado pelue kita cari pelue
main la molek bia kito mene.....(ulang seluruh rangkap 3x)

Jago pakat jago, Jago berlako lako
ore dia tengoh duk kira nok pekon puak kita
jago pakat jago, jago berlako lako
ore kita kena jago jange sampa keno...(ulang seluruh rangkap 3x)

Dio sudah keno (2x)
aloh la wei la wei (ulang rangkap 3x)

sore x cukup (2x)
aloh la wei la wei (ulang rangkap 3x)

Dimana dio hero puak kito
hero puak kito hak paka no....

jaga molek wei (3x)
jange la bui kena (ulang rangkap 3x)


Cikgu Wan Sabri Wan Sulaiman berbaju biru memegang marumba bersungguh sungguh menjadi lead singer

Lirik lagu ke-3

Pelaka berdesum gak hebat sungguh
hebat dengan potongan tubuh
kalau tanding memang x jatuh
bia la kita moga2 jadi jaguh...




Setelah hampir berlatih selama 3 jam dari jam 9 malam hingga 12 malam, jawatankuasa KRT pangkal chuit telah menyediakan nasi kerabu sebungkus seorang dihidangkan dengan air teh kosong sebagai tanda terima kasih atas segala sumbangan yang diberikan. Semoga latihan dikir barat dan fan fare yang telah diadakan akan memantapkan lagi persembahan semasa kejohanan nanti.

Mofash.

Friday, April 9, 2010

Klinik Desa Jakar dalam kawasan KRT Pangkal Chuit diubahsuai

Sementara kita asyik berbicara tentang sukan dodgeball yang hanya tinggal beberapa hari lagi akan berlansung di Kuala Terengganu, saya ingin berbicara tentang perkara perkara yang berlaku di sekitar kawasan KRT Pangkal Chuit.

Setelah hampir 16 tahun Klinik Desa Kampung Jakar yang terletak di kawasan KRT pangkal Chuit beroperasi, kini Klinik itu sedang dibaik pulih dan diberi wajah baru dengan menggantikan dinding kayu yg menjadi bahan binaan asal untuk bangunan klinik desa dengan dinding konkrit dan simen.



Kerja kerja merombak dan membuang dinding dinding kayu yang telah reput dan usang dilakukan oleh sekumpulan 8 orang pekerja binaan yang telah dupah oleh kementerian kesihatan negeri Kelantan yang mana kesemua pekerja bukanlah anak jati KRT Kampung Pangkal Chuit dan berasal dari daerah daerah lain. Kerja kerja pembinaan bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.



Walaupun kerja kerja pembinaan memang amat membisingkan dan menyakitkan telinga khususnya telinga saya sendiri kerana rumah saya berada betul betul disebelah Klinik itu. Namun saya tetap berbangga sekiranya binaan bangunan baru untuk Klinik Desa Jakar cantik dan kewujudannya semakin memberi manfaat kepada seluruh KRT Pangkal Chuit dan kawasan sekitarnya.

Mofash