Friday, March 26, 2010

Hari perlawanan persahabatan untuk seluruh KRT terpilih peringkat negeri Kelantan bersama Malaysian Association Dodgeball (MAD)

Seperti mana yang telah dibicarakan sebelum ini, 3 buah KRT telah terpilih untuk mewakili negeri Kelantan untuk bertanding ke Kejohanan Dodgeball bawah 20 tahun peringkat Zon Timur. KRT yang terpilih adalah KRT Kampung Rahmat/ Seterpa bagi Zon Kota Bharu, KRT Seri Embun bagi zon Pasir Mas dan KRT yang kita sayangi, KRT Pangkal Chuit bagi zon Machang.

Malaysian Association Dodgeball adalah sebuah organisasi yang telah terpilih untuk memantau dan memperkembangkan sukaan Dodgeball disetiap pelusuk negeri di Malaysia. Untuk menperkenalkan sukan dodgeball ini, MAD membuat road tour keseluruh negeri dan berjumpa dengan setiap pemain. Kali ini, pasukan MAD melawat Kelantan untuk berjumpa dengan seluruh wakil KRT yang terpilih.

Stadium indoor futsal tertutup Kok Lanas telah dipilih untuk menjadi lokasi perlawanan persahabatan antara semua KRT dan pasukan Malaysian Association Dodgeball (MAD) bertarikh 26 March 2010, Jumaat pada masa 3.00 petang.



Stadium Futsal Kok Lanas

Selepas solat Jumaat, saya bersama teman bergegas ke Rumah Pengerusi KRT Kampung Pangkal Chuit, Wan Mohd Adnan b Wan Aziz kerana semua pemain, fanfare, blogger dan juru ulas diarahkan untuk berkumpul disitu sebelum bergerak bersama sama ke Stadium Futsal Kok Lanas. Setibanya saya dirumah pengerusi pada jam 2.50 minit petang, kelihatan hampir semua orang telah tiba dan menunggu untuk kehadiran semua sebelum bergerak....Jam 3.00 petang, 9 buah kereta dan sebuah van bergerak sejauh 24 kilometer ke Stadium Futsal Kok Lanas.

Saya membawa remaja remaja lelaki iaitu anak pengerusi Wan Mohd Fareed Aqeel, Muhd Saiful Farisin dan Mohd Nur Azim...hampir lelah melayan kerenah remaja yang aktif dan bersemangat sepanjang perjalanan. Singgah di 7 eleven untuk membeli slurpee sebagai insentif semangat untuk bertanding. Kami juga melihat Ketua Pasukan KRT Pangkal Chuit, Cikgu Wan Sabri juga berhenti membeli air batu dan air minuman untuk pasukan kami.

Setelah memandu selama 20 minit, kami tiba di lokasi perlawanan pada jam 3.35 minit petang. Jabatan Perpaduan Kelantan telah menempah court ini 3 jam utk kami berlatih. court ini dipilih kerana tiada gelanggan lain yang sesuai utk pertandingan ini dan untuk itu, stadium futsal ini dipilih dan diubahsuai menjadi gelanggang dodgeball. Saiz gelanggang dodgeball untuk lelaki adalah 30 kaki x 60 kaki, dan bagi saiz gelanggan perempuan adalah 30 kaki x 40 kaki. selama ini KRT pangkal chuit hanyalah berlatih di Kantin Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh yang telah diubahsuai dan diletakkan jaring disekeliling gelanggang.

Kelihatan Puan Normah bt Daud dan En Azuan b Mahmood, iaitu Penolong Pegawai bagi Jabatan Perpaduan Kelantan sedang sibuk untuk menyiapkan gelanggang, sistem audio dan acara majlis. KRT Pangkal Chuit adalah yang terakhir tiba di lokasi dan kemeriahan acara perlawanan telah hangat apabila KRT Seri embun, Pasir Mas dan KRT Kg Rahmat/ Seterpa, Kota Bharu telah memainkan gendang, kompang dan serunai untuk menghangatkan suasana.

Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran wartawan dari Kosmo dan Utusan Malaysia Kelantan dan berita ini akan termuat dalam akhbar pada tarikh yang ditetapkan. Saya yang telah menjadi blogger dan photographer tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sepanjang majlis perlawanan persahabatan dan menemuramah sebilangan orang penting bagi setiap Kawasa Rukun Tetangga.



Pasukan dodgeball lelaki KRT Pangkal Chuit (Pelakar Berdesum)



Pasukan Dodgeball KRT Pangkal Chuit Perempuan (Pelakar Berdesum)

Memakai baju berwarna oren, SEAD iaitu Seri Embun association Dodgeball adalah nama bagi pasukan KRT seri Embun, Pasir Mas Kelantan. Dengan kehadiran hampir 60 orang bersama pasukan kompang, SEAD sedang melakukan senaman memanaskan badan dan meregangkan urat sebelum pertandingan. En. Mazlan b Mohd adalah ketua pasukan bagi KRT Seri Embun dan anaknya Nurul Aina telah dilantik sebagai juru ulas pasukan. Dengan kelincahan dan kepetahannya berbicara, Nurul Aina memilih untuk mengulas perlawanan dalam bahasa inggeris atas alasan ini adalah sukan antarabangsa.


Pasukan dodgeball KRT Seri Embun (SEAD)

Bagi pasukan KRT Kampung Rahmat/ Seterpa, Kota Bharu Kelantan, Romeosira adalah nama kumpulan yang dipilih dan En Haji Solahuddin b Hamzah adalah Ketua Pasukan bagi KRT ini. Pemain lelaki memakai baju Kuning dan pemain wanita yang ditemani pengurus wanita juga memakai baju hitam...En Nasir adalah pengulas bagi acara dodgeball bagi KRT Kampung Rahmat dengan kelantangan suara dan kepetahannya membuat semua pemain makin bersemangat dan berkobar kobar untuk bermain.



Pasukan Dodgeball KRT Kampung Rahmat (Romeosira)

Malang bagi KRT pangkal chuit apabila Juru ulas yang telah dilantik tidak dapat menghadirkan diri atas alasan perut memulas dan akhirnya, naib presiden KRT Pangkal Chuit iaitu En Ahmad Mahmood telah menjadi juru ulas pasukan...walaupun sedikit tergagap gagap kerana menjadi bidan terjun majlis....beliau tetap mampu mempersembahkan ulasan dengan baik.


En Ahmad Mahmood, Juru ulas Dodgeball KRT Pangkal Chuit

Hampir jam 4.00 petang tetapi pasukan MAD masih belum tiba, oleh itu kami diarahkan untuk meneruskan perlawanan sesama sendiri melawan setiap KRT. Perlawanan pertama dimulakan dengan KRT Pangkal Chuit melawan KRT Seri Embun lelaki. Semua pemain bersalaman dan diperkenalkaan oleh juru ulas dan seterusnya perlawanan dimulakan.

Semua pemain berusaha mengelak melontar bola dan terkena dan saya sebagai photographer juga berlari kesana sini aktif mengambil setiap aksi pemain hinggakan malang menimpa diri saya apabila bola yang dilontarkan oleh pemain KRT Pangkal Chuit iaitu Muhd Nur Azim terkena ke celah kelangkang....nasib baik saya memakai seluar tebal...kalau tidak....x tau la apa jadi....ha ha...apapun perlawanan pertama dimenangi oleh KRT Pangkal Chuit.

Sepanjang perlawanan berlansung, pasukan Fanfare Kampung Pangkal Chuit kelihatan begitu dominan bergendang dan menyanyi pelbagai lagu dikir barat dan lagu yang telah diubah suai untuk menjadi lagu sorakan pasukan dodgeball. Suasana adalah amat bingit tetapi meriah....saya berbangga menjadi salah seorang orang kampung pangkal chuit dan bersyukur ke hadrat illahi kerana dapat bersama sama menghadirkan diri ke majlis ini.


Fanfare dodgeball KRT kampung pangkal Chuit

Perlawanan kedua diteruskan antara KRT pangkal Chuit perempuan dan KRT Seri Embun perempuan. Perlawanan ini dimenangi oleh KRT pangkal Chuit dan atas alasan kurang pemahaman tentang permainan, KRT Seri Embun perempuan mendapat tunjuk ajar dari En Azuan. Perlawanan diteruskan dengan perlawanan antara KRT Pangkal Chuit dan KRT Kampung Rahmat/ Seterpa dan perlawanan ini juga dimenangi oleh pasukan KRT Kampung pangkal chuit.


Pengerusi KRT Pangkal Chuit, Wan Mohd Adnan b Wan Aziz

Perlawanan ketiga diteruskan dengan KRT Pangkal Chuit perempuan menentang KRT Kampung Rahmat/ Seterpa Kota Bharu...dimenangi oleh KRT Pangkal Chuit perempuan. Game seterusnya dimenangi oleh KRT Seri Embun lelaki yang melawan KRT Kampung Rahmat dan perlawanan terakhir antara KRT Seri Embun perempuan dan KRT kampung Rahmat dimenangi oleh KRT Seri Embun, Pasir Mas.


Aksi aksi sepanjang perlawanan

Setelah jam menunjukkan waktu 5.15 minit petang, baru la pasukan Malaysian Association Dodgeball (MAD) tiba di lokasi. En Wai Tat, Ms Ramona, Naib pengerusi dodgeball malaysia dan 2 orang jurulatih Afiq dan Raymond lelah setelah 8 jam berada dijalan raya. Mereka telah salah memilih jalan jauh mengikut lebuhraya pantai timur melalui Kuantan dan Kuala Terengganu dimana mereka bole mengikut jalan Bentong dan Gua Musang yang bole memendekkan separuh daripada perjalanan mereka.


Apabila MAD tiba, walaupun perlawanan telah tamat, semua pasukan berkumpul dan mendengar penerangan dari Wai Tat yang memakai jersi kuning bernombor 2. Ms Ramona sibuk mengambil video dan Afiq serta Raymond bercakap dengan pegawai pegawai jabatan perpaduan Kelantan, En Anuar dan Pn Normah. Setelah itu, pasukan MAD bermain dodgeball dengan semua pasukan KRT untuk mengukur sejauhmana kehebatan pasukan KRT kelantan.



Perlawanan berlansung amat menarik dan ada satu ketika dimana Ms Ramona, Naib Presiden hanya tinggal seorang dan dia dibuli oleh pasukan KRT dilempar bola bertubi tubi dan akhirnya dia terkena bola dan keluar.


Perlawanan antara KRT dan MAD


Ms Ramona dibuli seorang diri

Saya keluar berborak dan menemuramah orang lain dan mengeyangkan diri memakan makanan yang telah disediakan oleh caterer iaitu Mee dan bihun goreng, kuih akok dan macam macam....Ms Ramona datang berbual dengan saya dan memberi sehelai T-shirt rasmi blogger untuk dipakai di Kejohanan Dodgeball Zon timur pada 22 April 2010 nanti dan meminta saya menulis sebuah laporan atau tulisan mengenai hadiah yang bakal dimenangi utk blogger terbaik nanti. Acara tamat dalam jam 7.30 malam dan semua bersurai pulang ke jajahan masing masing.

Hingga ke post yang lain, sila la ke facebook krtpangkalchuit untuk melihat gambar gambar event dengan lebih banyak lagi....

Mofash

Thursday, March 25, 2010

Bila Kapten Pasukan Dodgeball KRT Pangkal Chuit berkata kata

Setelah terpilih untuk menubuhkan satu pasukan dodgeball bagi KRT Pangkal Chuit, Wan Mohd Sabri b Wan Sulaiman berumur 40 tahun telah diberi tanggungjawab untuk menerajui Pasukan Dodgeball bagi KRT ini.

Pengalaman lebih dari 15 tahun menjadi Guru, beliau adalah juga Guru kesenian and persembahan. Oleh yang demikan, beliau adalah o0rang yg menubuhkan pasukan FANFARE iaitu orang orang yang bertanggungjawab memberi kata kata semangat atau pasukan penyorak yang membawa gendang, kecapi dan sebagainya menyanyi dan melaungkan sorakan sebagai memberi tenaga dan aura untuk para pemain kampung ini lawan berhabis habisan dan mencapai kemenangan...

Pasukan FANFARE dibawah ajaran dan tunjuk ajar beliau untuk KRT Kampung Pangkal Chuit ini dipilih berdasarkan orang orang atau individu yang mempunyai ruang dan masa terluang untuk berlatih dan hampir kesemua ahli berumur lebih dari 20 tahun. Cikgu Wan Sabri hanya mengambil masa seminggu untuk menubuhkan kumpulan FANFARE dan ianya amat mudah kerana KRT Kampung Pangkal Chuit banyak mempunyai belia belia yang cergas dan berwibawa...


Untuk kejohanan yang bakal berlangsung di Zon Timur, pada bulan april nanti, pasukan FANFARE telah mencipta beberapa lagu sorakan yang mana mnggunakan muzik dikir barat sebagai asas seni persembahan yang akan ditonjolkan. Dalam pemerhatian Cikgu Wan Sabri, beliau mengatakan bahawa untuk pasukan dodgeball, kesemua pemain memberikan komitmen seratus peratus tetapi tidak bagi pasukan FANFARE dimana masih ada lagi individu yang malu malu untuk membuat persembahan.



Latihan demi latihan dibuat tetapi suara masing masing dijaga untuk digunakan pada hari pertandingan dan dapat menyesuaikan persembahan dan nyanyian pada hari perlawanan. Pada 26 March 2010, ada perlawanan persahabatan antara KRT terlibat seluruh negeri Kelantan untuk perlawanan dodgeball dan harapan Cikgu Wan Sabri sebagai Kapten dan juga pengurus pasukan Dodgeball Pangkal Chuit agar semua orang dapat menimba pengalaman antara satu sama lain dan bekerjasama kerana kita adalah satu bangsa, dibawah satu payung Negeri dan saudara sesama insan.

Wednesday, March 24, 2010

Sejenak Bersama Pengurus Pasukan Dodgeball KRT Kampung Pangkal Chuit

Sukan dodgeball adalah sejenis sukan yang baru diperkenalkan di negeri Kelantan malahan ianya adalah sejenis sukan yang baru mahu mencari tempat dan nama di Malaysia. Walaupun ianya telah lama dimainkan di peringkat antarabangsa, namun, langkah yang diambil untuk menceburi sukan ini oleh Kerajaan Malaysia diharapkan supaya mampu membina generasi yang sihat dan aktif.

Pasukan Dodgeball KRT Pangkal Chuit ini telah ditubuhkan lebih 3 bulan yang lalu dan ianya dibentuk oleh Pengerusi jawatankuasa KRT Pangkal Chuit itu sendiri iaitu Cikgu Wan Mohd Adnan b Wan Aziz. Tanggungjawab telah diberikan kepada seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan yang mana merupakan salah seorang guru sukan di sekolah tersebut. Cikgu Che Wan Ahmad Zamri b Che Wan Mohamad adalah pengurus pasukan Dodgeball Pangkal Chuit merangkap ketua jurulatih pasukan.


Che Wan Ahmad Zamri telah membina kerjaya sebagai guru dan menjadi jurulatih sukan untuk hampir semua acara merangkap olahraga, sukan merentas desa, bola baling dan bola jaring. Hasil didikan dan tunjuk ajar beliau telah mencatatkan beberapa rekod terbaik untuk sekolah mahupun untuk profilnya sendiri apabila ada anak anak muridnya telah berjaya mewakili Negeri Kelantan untuk perlawanan peringkat kebangsaan.

Apabila mendapat tanggungjawab untuk menjadi jurulatih pada pasukan dodgeball ini, beliau mengambil masa beberapa hari belajar dan memahami cara permainan dan teknik dodgeball. Setelah itu, beliau terus mencari pemain pemain yang akan mewakili KRT pangkal chuit dan mengajar mereka. Melalui pengalaman beliau, ramai anak anak muda yang hadir untuk pemilihan pemain tetapi hanya orang yang mempunyai asas dan pengalaman dalam perlawanan bola baling telah dipilih.

Atas komitmen dan semangat juang yang tinggi, anak anak muda KRT Pangkal Chuit ini gigih berlatih dan hanya mengambil masa seminggu untuk memahami cara permainan dan teknik perlawanan dodgeball. Che Wan Ahmad Zamri selaku jurulatih pasukan berkata bahawa tidak sukar untuk melatih pemain pemain kerana mereka sudah mempunyai asas bola baling yang mana memerlukan kekuatan tangan dan balingan. Dalam sessi latihan, Che Wan Ahmad Zamri lebih mementingkan teknik permainan berbanding dengan kekuatan fizikal yang menjadi kemestian dalam permainan ini.

Hasil dari latihan hampir 4 kali seminggu, Che Wan Ahmad Zamri yakin bahawa anak didiknya telah mencapai tahap 80% bersedia untuk menghadapi perlawanan Kejohanan Dodgeball Zon Timur yang akan berlansung pada 22 April ini di negeri Terengganu Darul Iman. Sebagai insentif....setiap sessi latihan akan diberikan minuman ringan dan kuih muih sebagai memberi tenaga kepada para pemain. Ianya hasil wang sumbangan Che Wan Ahmad Zamri sendiri dan juga daripada Pengerusi KRT Kampung Pangkal Chuit, Cikgu Wan Mohd Adnan b Wan Aziz.

Sebagai harapan dari jurulatih, Che Wan Ahmad Zamri berharap agar pasukan dodgeball dan anak didiknya berjaya menjuarai perlawanan yang bakal dihadapi dan semoga semua wirawan dan wirawati kampung telah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Mofash

Saturday, March 6, 2010

Wirawan dan Wirawati Kampung untuk Kejohanan Dodgeball 2010

Pemain Lelaki bawah 20 tahun


Selaku kapten pada pasukan dodgeball mewakili KRT Kampung Pangkal Chuit ini, Mohd Tarmizi mempunyai tanggungjawab yang besar untuk pasukan yang diterajui olehnya. Sebahagian dari biodata wira kampung yang amat kami banggai ini, Tarmizi adalah anak ke-8 dari 10 adik beradik. Menyimpan cita cita untuk menjadi Guru dan hobi pada masa lapang adalah bermain bola sepak, mendengar lagu dan membeli belah.


Selaku salah seorang pemain, Wan Mohamad Fareed Aqeel adalah juga anak kepada pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung pangkal Chuit. Anak sulung dari 5 beradik ini bercita-cita menjadi pakar forensik dan hobi yang sering dilakukan pada masa lapang adalah bermain internet, sepak takraw dan melancong.


Wira kampung yang seterusnya, Syed Mohd Adha b Syed Mohamad Noor adalah anak ke-2 dari 7 orang adik beradik.Menyimpan cita cita menjadi seorang guru dan hobi pada masa lapang adalah membaca novel penyiasatan dan bermain sepak takraw.


Bagi Mohd Yusof b Omar, dia merupakan anak ke-4 dari 5 orang adik beradik. Juga bercita cita untuk menjadi Guru dan hobi yang dilakukan pada masa lapang adalah membaca buku buku detektif, bermain bola sepak dan melancong.


Anak ke-5 dari 8 orang adik beradik ini pula, Muhammad Saufiq b Ismail bercita cita untuk menjadi seorang polis. Perkara yang akan dilakukan sekiranya memperolehi masa lapang adalah melancong, bermain bola sepak dan bermain internet.


Mohamad Saipul b Yahya @ Zakaria adalah anak ke-9 dari 12 orang adik beradik. Bercita cita untuk menjadi seorang engineer dan hobi pada masa lapang adalah bermain bola sepak dan melancong.


Anak ke-3 dari 5 orang adik beradik ini pula bercita cita menjadi Tentera laut. Muhammad Nur Azim b Mohd Nasir sering berkaraoke, berjogging dan berenang sebagai hobi dan aktiviti yang dilakukan apabila terdapat masa terluang.


Bagi anak ke-5 dari 6 adik beradik, Muhamad Saiful Farisin juga bercita cita menjadi seorang tentera laut dan hobi yang sering dilakukan adalah bermain bola sepak dan berenang.

Itulah sedikit sebanyak biodata pemain pemain atau wira wira kampung yang kami hargai dan meletakkan harapan yang tinggi untuk kejohanan dodgeball ini.

Pemain wanita bawah 20 tahun


Kapten bagi pasukan wanita bawah 20 tahun, Nur Fazidah Raziah bt Mt Razali adalah anak ke-4 dari 4 orang adik beradik. Dia bercita cita untuk menjadi Pramugari dan hobi pada masa terluang adalah mendengar radio dan berangan.


Bagi anak ke-3 dari 5 adik beradik ini, Nur asmira bt Ariffin bercita cita menjadi Doktor. Perkara yang sering dilakukan pada waktu terluang adalah bersukan dan membaca novel.


Noorul Amirah bt Muhammad adalah anak sulung dari 6 orang adik beradik. Bercita cita menjadi seorang Doktor haiwan dan hobinya pada masa lapang adalah mendengar lagu, membaca novel dan bersukan.


Anak ke-2 dari 4 orang adik beradik, Nor Idayu bt Muhamad Shoho bercita cita menjadi seorang Polis. Bila masa terluang, hobinya adalah menonton tv, bermain badminton dan membaca.


Nor Izatul Idayu bt Ahmar pula bercita cita menjadi anggota Kastam dan hobinya adalah mendengar radio, bersukan dan menanam bunga.


Menjadi seorang peguam adalah cita cita Nurul Fitriyah bt Ahmad. Anak ke-7 dari 8 adik beradik ini suka bersukan, membaca novel dan menari.


Nur fazeela bt Ismail adalah anak ke-3 dari 4 orang adik beradik. Bercita cita menjadi seorang kaunselor dan hobinya adalah bersukan, membaca novel sambil mendengar radio

Itulah barisan pemain2 wanita bawah 20-tahun....semoga mereka menjalani latihan dengan baik dan mencapai apa yang telah dipertanggungjawabkan...

Mofash

Friday, March 5, 2010

Sukan Dodgeball di Kampung Pangkal Chuit

Dalam banyak banyak cerita yang ingin saya kongsikan bersama, saya ingin berkongsi tentang tujuan utama blog ini dibuat dan secara tiba2 Kawasan Rukun Tetangga Kampung Pangkal Chuit memanggil saya sebagai salah seorang warganya untuk menulis.

Blog ini terbina hasil cetusan rasa dan permintaan daripada Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung Pangkal Chuit, Cikgu Wan Mohd Adnan b Wan Aziz untuk memaparkan aktiviti sukan Dodgeball yang baru diperkenalkan di negeri Kelantan malahan merupakan sukan baru di Malaysia.


Selain daripada memegang jawatan seorang guru dan Pengerusi Kawassan Rukun Tetangga Kampung Pangkal Chuit, Wan Mohd Adnan juga merupakan seorang individu yang banyak memegang beberapa jawatan penting di dalam daerah yang amat membanggakan warga kampung Pangkal Chuit. Berusia 43 tahun pada tahun 2010 dan sudah berumah tangga, antara beberapa jawatan yg di sandang oleh beliau adalah:

Naib Ketua UMNO Bahagian Machang
Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional DUN Temangan
Pengerusi Kelab Sukan Komuniti DUN Temangan
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung Pangkal Chuit
Pengerusi NADI DUN Temangan
Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan UMNO bahagian Machang
Bendahari Pasukan Bolasepak Jajahan Machang
Ahli Lembaga Pelawat Hospital Daerah Machang
Bendahari Komuniti Bestari Kampung Pangkal Chuit

Rentetan daripada itu, Beliau telah mendapat mandat dari Jabatan Perpaduan Negara bahagian negeri Kelantan untuk memperkenalkan sukan Dodgeball kepada KRT Kampung Pangkal Chuit dan secara rawak telah dipilih sebagai salah satu pasukan dari 3 pasukan untuk mewakili negeri Kelantan untuk Kejohanan Dodgeball Zon Timur yang akan berlangsung di negeri Terengganu pada 22-26 April 2010. Oleh yang demikian, blog ini telah ditulis untuk menyertai salah satu pertandingan dalam acara DOdgeball iaitu pertandingan Blog Terbaik.

Berbalik pada sukan dodgeball, jika dibandingkan dengan paintball dan futsal, sukan dodgeball masih baru di negara ini. Malah, apabila ditanyakan kepada peminat sukan pun, hanya segelintir sahaja daripada mereka yang tahu mengenai sukan ini.

Berbeza dengan negara luar seperti Amerika Syarikat dan Kanada yang menjadikan dodgeball sebagai aktiviti pilihan bagi meningkatkan tahap kecergasan diri, sukan ini hanya popular di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

sukan di Malaysia sudah setanding dengan negara luar, bagaimanapun acara sukan yang memerlukan strategi, kecergasan fizikal serta semangat berpasukan ini masih belum mendapat tempat di hati peminat sukan tempatan.

Sukan ini sebenarnya permainan yang sangat mudah sekiranya kita mengetahui tekniknya. Ia juga merupakan satu permainan kompetitif berpasukan yang mampu menarik penglibatan lelaki dan wanita daripada setiap lapisan usia.

Dodgeball adalah sukan baru, namun ia mula berkembang di kalangan penuntut-penuntut IPT dan mendapat sambutan yang menggalakkan.


Sukan dodgeball, seperti juga permainan ‘bola cop’ yang menggunakan bola tenis dan popular di kalangan pelajar sekolah pada zaman 70-an dan 80-an menggunakan teknik yang sama iaitu menumpaskan lawan melalui pukulan bola.

Bezanya, permainan ini menggunakan bola khas diperbuat daripada getah lembut dan bersaiz lebih besar.

Format permainan juga hampir sama iaitu memerlukan enam pemain untuk satu pasukan dengan seorang peserta wanita.

Cara permainannya amat mudah iaitu pemain hanya perlu mengelak balingan pihak lawan dan cuba kembali ‘matikan’ pihak lawan dengan lontaran bola. Pasukan yang ahlinya ‘hidup’ paling ramai adalah pemenang.

Dalam memenuhi syarat pertandingan, remaja remaja kampung lelaki dan perempuan bawah usia 20 tahun telah dipilih dan senarai pemain bole dilihat pada post yang akan datang.

Mofash