Adam dan hawa sebagai manusia pertama di bumi telah mewujudkan jutaan insan yang tergolong dari pelbagai bangsa, agama dan warna kulit pada hari in…pelbagai variasi kehidupan, kepercayaan dan gaya hidup berubah mengikut peredaran zaman, pegangan dan peradaban….Lahirnya kita ke dunia membawa satu tanggungjawab dan tugas yang telah ditentukan sejak azali lagi….
Dimana bumi dipijak…disitulah langit dijunjung…sebuah masyarakat bermula dengan satu keluarga dan dengan adanya keluarga, populasi kehidupan baru pun bermula…Lahirnya bandar2 besar adalah dari sebuah desa dan lahirnya masyarakat yang terbilang adalah dari keluarga yang penyayang…segalanya mempunyai hubung kait kerana sebagai insan…kita adalah saling memerlukan.
Ini adalah satu permulaan, rentetan dan tauladan sebuah cereka kehidupan. Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan….dalam memartabatkan kehidupan sebuah insan. Bertuahnya kita lahir dibumi ini, keharmonian dan kesejahteraan dikecapi….dan kemajuan dikejar untuk menaikkan taraf hidup disamping agama sebagai pedoman, supaya tidak tersasar haluan…menjalani hidup selama yang ditakdirkan.
Konsep kejiranan dan perpaduan seperti mana yg hendak dicapai dalam sesebuah masyarakat haruslah disokong dan dipersetujui untuk kelebihan dan kesejahteraan bersama. Kerjasama seluruh penduduk kampung adalah amat diperlukan, untuk merapatkan silaturrahim sesama insan. Bila kata sudah sepakat, segala dibuat mendapat berkat..ringan sama dijunjung berat sama dipikul..alah beralah pada sesama saudara, bertolak ansur ajaran agama…..supaya bahagia milik bersama.
Inilah paparan sebuah kehidupan, kisah kisah keluarga kami paparkan…..Kawasan Rukun Tetangga Kampung Pangkal Chuit kami bualkan, di Negeri Cik Siti Wan Kembang kami mulakan…agar tak dilupa diingatan….pada yang jauh kami dekatkan…tanah tumpah darah yang kami banggakan….terimalah aktiviti harian yang kami lakukan…..untuk meneruskan hayat kehidupan….bersama membina sebuah harapan….untuk generasi di masa hadapan….
Mofash
Tuesday, March 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment