Thursday, March 4, 2010

Lokasi dan Latar Belakang Kampung Pangkal Chuit

Kampung yang kami sayangi ini terletak di tengah tengah Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan darul Naim, di dalam daerah Panyit dan dibawah Jajahan Machang. Dibawah garisan iklim khatulistiwa yang memberikan musim panas dan hujan yang sekata menjadikan tanah yang kami diami ini subur dan memberikan peluang kepada semua penduduk setempat untuk berbakti kepada tanah.


Berada di latitud 5 Darjah 42' 0'' Utara dan 102 darjah 11' 0" timur, Kampung ini dikelilingi oleh sawah padi dan tanaman getah yang menjadi salah satu penyumbang utama dalam kegiatan ekonomi. Kampung ini boleh dimasuki dari 4 penjuru....utara dari Tanah Merah mengikut jalanraya dari Paloh Rawa, timur dari jalan raya utama Kota Bharu-Kuala Krai mengikut simpang jalan utama Batu 30, selatan dari Kuala Krai mengikut jalan Kampung Pek dan dari barat mengikut jalan dari Bandar Temangan.


Gambar satelite diatas menunjukkan lokasi dan kedudukan kampung pangkal chuit dalam negeri kelantan yang tercinta....sungguh indah ciptaan tuhan dan kita harus bersyukur kerana dilahirkan dibumi yang indah dan bertuah ini.

Kampung pangkal chuit ini terletak di lokasi Peti undi Temangan dan berada dalam kawasan Parlimen Machang. Jarak kampung ini adalah 5km dari Bandar machang dan keluasan kampung ini adalah 4.5km persegi.

Bilangan penduduk Kampung Pangkal Chuit adalah seramai 2350 orang dan bilangan pemilih mengikut bancian SPR pada 2005 adalah seramai 1213 orang.

Kategori penduduk:
Melayu: 99.02%
Cina : 0.08%

Kategori penduduk mengikut agama:
Islam : 100%

Kategori penduduk mengikut umur:
12 tahun dan kurang : 21%
kurang dari 12 tahun: 22%
melebihi 21 : 57%

Ibu tunggal : 75 orang
Bapa tunggal : 34 orang

Kegiatan Ekonomi:
Petani : 80%
Peniaga : 1%
Kakitangan awam : 3%
Lain lain : 16%


Bilangan penduduk yang menerima kemudahan kredit dari pelbagai agensi:
20 orang

Pendapatan purata penduduk sebulan:
RM 250- RM 500 sebulan

Bilangan Penduduk Miskin/Termiskin
Pendapatan kurang dari RM 264.50(Termiskin) : 50 orang
Pendapatan RM 265.00-RM 529.00(miskin) : 350 orang

Kemudahan Sosial dan Agama
Tadika : 1 buah
Sekolah Rendah : 1 buah
Sekolah menengah yayasan : 1 buah
Klinik Desa : 1 buah

Kemudahan Sukan dan Riadah
Gelanggang Takraw : 3 buah

Kemudahan Agama
Masjid : 2 buah
Madrasah/ Surau : 4 buah

Kemudahan Asas
Bekalan Air paip : 75%
Bekalan Elektrik : 100%
Telefon Rumah : 3%
Jalan kampung berturap : 60%
Jambatan titi : 2 buah

Kemudahan yang masih diperlukan:
Kemudahan Ekonomi : Membaiki sistem pengairan sawah untuk tanaman 2 kali setahun

Kemudahan Sosial : Padang bola dan Taman Permainan

Kemudahan Asas kecil : Telefon awam, Lampu jalan, Jalan berturap ke kampung

Begitula sedikit sebanyak yang boleh diceritakan tentang kampung kami yang kami cintai...dengan kehidupan aman dan damai, kami hidup bersederhana dan bersyukur dengan apa yang kami perolehi dan berusaha untuk mendapat apa yang kami hajati. Moga sekalian anak anak kampung kami akan terus berusaha memartabatkan dan meningkatkan taraf hidup dan berusaha membantu keluarga dan menyayangi satu sama lain...

Mofash

No comments:

Post a Comment