Friday, March 26, 2010

Hari perlawanan persahabatan untuk seluruh KRT terpilih peringkat negeri Kelantan bersama Malaysian Association Dodgeball (MAD)

Seperti mana yang telah dibicarakan sebelum ini, 3 buah KRT telah terpilih untuk mewakili negeri Kelantan untuk bertanding ke Kejohanan Dodgeball bawah 20 tahun peringkat Zon Timur. KRT yang terpilih adalah KRT Kampung Rahmat/ Seterpa bagi Zon Kota Bharu, KRT Seri Embun bagi zon Pasir Mas dan KRT yang kita sayangi, KRT Pangkal Chuit bagi zon Machang.

Malaysian Association Dodgeball adalah sebuah organisasi yang telah terpilih untuk memantau dan memperkembangkan sukaan Dodgeball disetiap pelusuk negeri di Malaysia. Untuk menperkenalkan sukan dodgeball ini, MAD membuat road tour keseluruh negeri dan berjumpa dengan setiap pemain. Kali ini, pasukan MAD melawat Kelantan untuk berjumpa dengan seluruh wakil KRT yang terpilih.

Stadium indoor futsal tertutup Kok Lanas telah dipilih untuk menjadi lokasi perlawanan persahabatan antara semua KRT dan pasukan Malaysian Association Dodgeball (MAD) bertarikh 26 March 2010, Jumaat pada masa 3.00 petang.



Stadium Futsal Kok Lanas

Selepas solat Jumaat, saya bersama teman bergegas ke Rumah Pengerusi KRT Kampung Pangkal Chuit, Wan Mohd Adnan b Wan Aziz kerana semua pemain, fanfare, blogger dan juru ulas diarahkan untuk berkumpul disitu sebelum bergerak bersama sama ke Stadium Futsal Kok Lanas. Setibanya saya dirumah pengerusi pada jam 2.50 minit petang, kelihatan hampir semua orang telah tiba dan menunggu untuk kehadiran semua sebelum bergerak....Jam 3.00 petang, 9 buah kereta dan sebuah van bergerak sejauh 24 kilometer ke Stadium Futsal Kok Lanas.

Saya membawa remaja remaja lelaki iaitu anak pengerusi Wan Mohd Fareed Aqeel, Muhd Saiful Farisin dan Mohd Nur Azim...hampir lelah melayan kerenah remaja yang aktif dan bersemangat sepanjang perjalanan. Singgah di 7 eleven untuk membeli slurpee sebagai insentif semangat untuk bertanding. Kami juga melihat Ketua Pasukan KRT Pangkal Chuit, Cikgu Wan Sabri juga berhenti membeli air batu dan air minuman untuk pasukan kami.

Setelah memandu selama 20 minit, kami tiba di lokasi perlawanan pada jam 3.35 minit petang. Jabatan Perpaduan Kelantan telah menempah court ini 3 jam utk kami berlatih. court ini dipilih kerana tiada gelanggan lain yang sesuai utk pertandingan ini dan untuk itu, stadium futsal ini dipilih dan diubahsuai menjadi gelanggang dodgeball. Saiz gelanggang dodgeball untuk lelaki adalah 30 kaki x 60 kaki, dan bagi saiz gelanggan perempuan adalah 30 kaki x 40 kaki. selama ini KRT pangkal chuit hanyalah berlatih di Kantin Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh yang telah diubahsuai dan diletakkan jaring disekeliling gelanggang.

Kelihatan Puan Normah bt Daud dan En Azuan b Mahmood, iaitu Penolong Pegawai bagi Jabatan Perpaduan Kelantan sedang sibuk untuk menyiapkan gelanggang, sistem audio dan acara majlis. KRT Pangkal Chuit adalah yang terakhir tiba di lokasi dan kemeriahan acara perlawanan telah hangat apabila KRT Seri embun, Pasir Mas dan KRT Kg Rahmat/ Seterpa, Kota Bharu telah memainkan gendang, kompang dan serunai untuk menghangatkan suasana.

Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran wartawan dari Kosmo dan Utusan Malaysia Kelantan dan berita ini akan termuat dalam akhbar pada tarikh yang ditetapkan. Saya yang telah menjadi blogger dan photographer tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sepanjang majlis perlawanan persahabatan dan menemuramah sebilangan orang penting bagi setiap Kawasa Rukun Tetangga.



Pasukan dodgeball lelaki KRT Pangkal Chuit (Pelakar Berdesum)



Pasukan Dodgeball KRT Pangkal Chuit Perempuan (Pelakar Berdesum)

Memakai baju berwarna oren, SEAD iaitu Seri Embun association Dodgeball adalah nama bagi pasukan KRT seri Embun, Pasir Mas Kelantan. Dengan kehadiran hampir 60 orang bersama pasukan kompang, SEAD sedang melakukan senaman memanaskan badan dan meregangkan urat sebelum pertandingan. En. Mazlan b Mohd adalah ketua pasukan bagi KRT Seri Embun dan anaknya Nurul Aina telah dilantik sebagai juru ulas pasukan. Dengan kelincahan dan kepetahannya berbicara, Nurul Aina memilih untuk mengulas perlawanan dalam bahasa inggeris atas alasan ini adalah sukan antarabangsa.


Pasukan dodgeball KRT Seri Embun (SEAD)

Bagi pasukan KRT Kampung Rahmat/ Seterpa, Kota Bharu Kelantan, Romeosira adalah nama kumpulan yang dipilih dan En Haji Solahuddin b Hamzah adalah Ketua Pasukan bagi KRT ini. Pemain lelaki memakai baju Kuning dan pemain wanita yang ditemani pengurus wanita juga memakai baju hitam...En Nasir adalah pengulas bagi acara dodgeball bagi KRT Kampung Rahmat dengan kelantangan suara dan kepetahannya membuat semua pemain makin bersemangat dan berkobar kobar untuk bermain.



Pasukan Dodgeball KRT Kampung Rahmat (Romeosira)

Malang bagi KRT pangkal chuit apabila Juru ulas yang telah dilantik tidak dapat menghadirkan diri atas alasan perut memulas dan akhirnya, naib presiden KRT Pangkal Chuit iaitu En Ahmad Mahmood telah menjadi juru ulas pasukan...walaupun sedikit tergagap gagap kerana menjadi bidan terjun majlis....beliau tetap mampu mempersembahkan ulasan dengan baik.


En Ahmad Mahmood, Juru ulas Dodgeball KRT Pangkal Chuit

Hampir jam 4.00 petang tetapi pasukan MAD masih belum tiba, oleh itu kami diarahkan untuk meneruskan perlawanan sesama sendiri melawan setiap KRT. Perlawanan pertama dimulakan dengan KRT Pangkal Chuit melawan KRT Seri Embun lelaki. Semua pemain bersalaman dan diperkenalkaan oleh juru ulas dan seterusnya perlawanan dimulakan.

Semua pemain berusaha mengelak melontar bola dan terkena dan saya sebagai photographer juga berlari kesana sini aktif mengambil setiap aksi pemain hinggakan malang menimpa diri saya apabila bola yang dilontarkan oleh pemain KRT Pangkal Chuit iaitu Muhd Nur Azim terkena ke celah kelangkang....nasib baik saya memakai seluar tebal...kalau tidak....x tau la apa jadi....ha ha...apapun perlawanan pertama dimenangi oleh KRT Pangkal Chuit.

Sepanjang perlawanan berlansung, pasukan Fanfare Kampung Pangkal Chuit kelihatan begitu dominan bergendang dan menyanyi pelbagai lagu dikir barat dan lagu yang telah diubah suai untuk menjadi lagu sorakan pasukan dodgeball. Suasana adalah amat bingit tetapi meriah....saya berbangga menjadi salah seorang orang kampung pangkal chuit dan bersyukur ke hadrat illahi kerana dapat bersama sama menghadirkan diri ke majlis ini.


Fanfare dodgeball KRT kampung pangkal Chuit

Perlawanan kedua diteruskan antara KRT pangkal Chuit perempuan dan KRT Seri Embun perempuan. Perlawanan ini dimenangi oleh KRT pangkal Chuit dan atas alasan kurang pemahaman tentang permainan, KRT Seri Embun perempuan mendapat tunjuk ajar dari En Azuan. Perlawanan diteruskan dengan perlawanan antara KRT Pangkal Chuit dan KRT Kampung Rahmat/ Seterpa dan perlawanan ini juga dimenangi oleh pasukan KRT Kampung pangkal chuit.


Pengerusi KRT Pangkal Chuit, Wan Mohd Adnan b Wan Aziz

Perlawanan ketiga diteruskan dengan KRT Pangkal Chuit perempuan menentang KRT Kampung Rahmat/ Seterpa Kota Bharu...dimenangi oleh KRT Pangkal Chuit perempuan. Game seterusnya dimenangi oleh KRT Seri Embun lelaki yang melawan KRT Kampung Rahmat dan perlawanan terakhir antara KRT Seri Embun perempuan dan KRT kampung Rahmat dimenangi oleh KRT Seri Embun, Pasir Mas.


Aksi aksi sepanjang perlawanan

Setelah jam menunjukkan waktu 5.15 minit petang, baru la pasukan Malaysian Association Dodgeball (MAD) tiba di lokasi. En Wai Tat, Ms Ramona, Naib pengerusi dodgeball malaysia dan 2 orang jurulatih Afiq dan Raymond lelah setelah 8 jam berada dijalan raya. Mereka telah salah memilih jalan jauh mengikut lebuhraya pantai timur melalui Kuantan dan Kuala Terengganu dimana mereka bole mengikut jalan Bentong dan Gua Musang yang bole memendekkan separuh daripada perjalanan mereka.


Apabila MAD tiba, walaupun perlawanan telah tamat, semua pasukan berkumpul dan mendengar penerangan dari Wai Tat yang memakai jersi kuning bernombor 2. Ms Ramona sibuk mengambil video dan Afiq serta Raymond bercakap dengan pegawai pegawai jabatan perpaduan Kelantan, En Anuar dan Pn Normah. Setelah itu, pasukan MAD bermain dodgeball dengan semua pasukan KRT untuk mengukur sejauhmana kehebatan pasukan KRT kelantan.



Perlawanan berlansung amat menarik dan ada satu ketika dimana Ms Ramona, Naib Presiden hanya tinggal seorang dan dia dibuli oleh pasukan KRT dilempar bola bertubi tubi dan akhirnya dia terkena bola dan keluar.


Perlawanan antara KRT dan MAD


Ms Ramona dibuli seorang diri

Saya keluar berborak dan menemuramah orang lain dan mengeyangkan diri memakan makanan yang telah disediakan oleh caterer iaitu Mee dan bihun goreng, kuih akok dan macam macam....Ms Ramona datang berbual dengan saya dan memberi sehelai T-shirt rasmi blogger untuk dipakai di Kejohanan Dodgeball Zon timur pada 22 April 2010 nanti dan meminta saya menulis sebuah laporan atau tulisan mengenai hadiah yang bakal dimenangi utk blogger terbaik nanti. Acara tamat dalam jam 7.30 malam dan semua bersurai pulang ke jajahan masing masing.

Hingga ke post yang lain, sila la ke facebook krtpangkalchuit untuk melihat gambar gambar event dengan lebih banyak lagi....

Mofash

No comments:

Post a Comment