Friday, March 5, 2010

Sukan Dodgeball di Kampung Pangkal Chuit

Dalam banyak banyak cerita yang ingin saya kongsikan bersama, saya ingin berkongsi tentang tujuan utama blog ini dibuat dan secara tiba2 Kawasan Rukun Tetangga Kampung Pangkal Chuit memanggil saya sebagai salah seorang warganya untuk menulis.

Blog ini terbina hasil cetusan rasa dan permintaan daripada Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung Pangkal Chuit, Cikgu Wan Mohd Adnan b Wan Aziz untuk memaparkan aktiviti sukan Dodgeball yang baru diperkenalkan di negeri Kelantan malahan merupakan sukan baru di Malaysia.


Selain daripada memegang jawatan seorang guru dan Pengerusi Kawassan Rukun Tetangga Kampung Pangkal Chuit, Wan Mohd Adnan juga merupakan seorang individu yang banyak memegang beberapa jawatan penting di dalam daerah yang amat membanggakan warga kampung Pangkal Chuit. Berusia 43 tahun pada tahun 2010 dan sudah berumah tangga, antara beberapa jawatan yg di sandang oleh beliau adalah:

Naib Ketua UMNO Bahagian Machang
Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional DUN Temangan
Pengerusi Kelab Sukan Komuniti DUN Temangan
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung Pangkal Chuit
Pengerusi NADI DUN Temangan
Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan UMNO bahagian Machang
Bendahari Pasukan Bolasepak Jajahan Machang
Ahli Lembaga Pelawat Hospital Daerah Machang
Bendahari Komuniti Bestari Kampung Pangkal Chuit

Rentetan daripada itu, Beliau telah mendapat mandat dari Jabatan Perpaduan Negara bahagian negeri Kelantan untuk memperkenalkan sukan Dodgeball kepada KRT Kampung Pangkal Chuit dan secara rawak telah dipilih sebagai salah satu pasukan dari 3 pasukan untuk mewakili negeri Kelantan untuk Kejohanan Dodgeball Zon Timur yang akan berlangsung di negeri Terengganu pada 22-26 April 2010. Oleh yang demikian, blog ini telah ditulis untuk menyertai salah satu pertandingan dalam acara DOdgeball iaitu pertandingan Blog Terbaik.

Berbalik pada sukan dodgeball, jika dibandingkan dengan paintball dan futsal, sukan dodgeball masih baru di negara ini. Malah, apabila ditanyakan kepada peminat sukan pun, hanya segelintir sahaja daripada mereka yang tahu mengenai sukan ini.

Berbeza dengan negara luar seperti Amerika Syarikat dan Kanada yang menjadikan dodgeball sebagai aktiviti pilihan bagi meningkatkan tahap kecergasan diri, sukan ini hanya popular di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

sukan di Malaysia sudah setanding dengan negara luar, bagaimanapun acara sukan yang memerlukan strategi, kecergasan fizikal serta semangat berpasukan ini masih belum mendapat tempat di hati peminat sukan tempatan.

Sukan ini sebenarnya permainan yang sangat mudah sekiranya kita mengetahui tekniknya. Ia juga merupakan satu permainan kompetitif berpasukan yang mampu menarik penglibatan lelaki dan wanita daripada setiap lapisan usia.

Dodgeball adalah sukan baru, namun ia mula berkembang di kalangan penuntut-penuntut IPT dan mendapat sambutan yang menggalakkan.


Sukan dodgeball, seperti juga permainan ‘bola cop’ yang menggunakan bola tenis dan popular di kalangan pelajar sekolah pada zaman 70-an dan 80-an menggunakan teknik yang sama iaitu menumpaskan lawan melalui pukulan bola.

Bezanya, permainan ini menggunakan bola khas diperbuat daripada getah lembut dan bersaiz lebih besar.

Format permainan juga hampir sama iaitu memerlukan enam pemain untuk satu pasukan dengan seorang peserta wanita.

Cara permainannya amat mudah iaitu pemain hanya perlu mengelak balingan pihak lawan dan cuba kembali ‘matikan’ pihak lawan dengan lontaran bola. Pasukan yang ahlinya ‘hidup’ paling ramai adalah pemenang.

Dalam memenuhi syarat pertandingan, remaja remaja kampung lelaki dan perempuan bawah usia 20 tahun telah dipilih dan senarai pemain bole dilihat pada post yang akan datang.

Mofash

No comments:

Post a Comment