Sunday, April 4, 2010

Jersi dan pakaian rasmi untuk Pasukan Dodgeball KRT Pangkal Chuit

Selepas berakhirnya program Juara Rakyat yang berlansung selama 3 hari bermula 1 april hingga 3 april 2010 di bandar Machang, kini saya kembali untuk fokus pada pasukan Dodgeball dan perkara perkara berkaitan dengan sukan ini. Ini kerana perlawanan akhir Zon timur akan berlansung beberapa minggu sahaja lagi dan segala persiapan harus dibuat teliti dan segera.

Barisan tenaga pemain, pasukan sorak dan penyelia bertungkus lumus berlatih untuk memantapkan lagi pertahanan dan strategi untuk perlawanan. Hari ini, saya, Cikgu Wan Sabri dan abg Rozali iaitu Bendahari KRT Pangkal Chuit pergi untuk menempah jersi dan pakaian untuk para pemain, pasukan sorak dan juga penyelia.


Logo pasukan iaitu pelakar berdesum telah direka oleh Encik Wai Tat yang juga Ahli Jawatankuasa Malaysian Dodgeball Association yang mana menunjukkan awan yang menggenggam kilat yang berdentum. Ini juga telah memaparkan pasukan KRT kami tidak gentar dengan sebarang halangan dan bersedia berlawan dengan kepantasan kilat dan kekuatan yang akan menggegarkan bumi.


Nama Pelakar Berdesum pada mulanya diilhamkan oleh Cikgu Wan Sabri iaitu Pengurus Keseluruhan Pasukan Dodgeball KRT Pangkal Chuit yang bermaksud sepantas kilat atau dalam bahasa inggerisnya "Thunder Storm". Walaupun pada asalnya nama "Thunderstorm" dipilh untuk menjadi nama pasukan, tetapi untuk mengekalkan imej kemelayuan dan menepati Konsep 1 Malaysia sambil menampilkan ciri ciri identiti setempat, nama Pelakar Berdesum akhirnya menjadi pilihan.


Saya menunggu Cikgu Wan Sabri dan abg Rozali pada jam 3.30 petang untuk bertemu dengan orang yang akan membuat Jersi untuk pasukan kami di Jamada sports & trading yang terletak di tengah bandar Machang dan bersebelahan dengan Sekolah Menengah Hamzah. Walaupun Hujan turun renyai renyai, saya berlari dari tempat letak kereta membawa lattop untuk menunjukkan design baju yang telah saya reka dan dipersetujui oleh semua ahlijawatankuasa KRT Pangkal Chuit.


Encik Yahya b Jamada Ali, pemilik kedai jersi Jamada di bandar Machang

Baju yang telah dipilih adalah berwarna merah menepati warna bendera negeri Kelantan dan 3 jenis baju telah dipilih bersesuaian dengan 3 kategori iaitu baju untuk pemain, untuk pasukan sorak dan juga baju untuk penyelia.




Baju yang telah dipilih.

Setelah menghabiskan masa kira kira satu jam 30 minit di kedai itu, kami bersurai pada jam 5.00 petang dan akan berjumpa untuk berbincang tentang hal hal berkaitan pada masa yang lain.

Mofash

No comments:

Post a Comment