Friday, April 2, 2010

Lawatan Dato' Seri Mustapa b Mohamed ke KRT Kampung Pangkal Chuit Bahagian 1

Tanggal 2 April 2010 adalah tarikh paling bersejarah bagi penduduk kampung pangkal chuit kerana Yang Berbahagia Dato' Seri Mustapa b Mohamed datang turun padang melawat kawasan kawasan rukun tetangga dan beramah mesra dengan penduduk setempat. Lawatan Dato' Seri ke kawasan rukun tetangga Kampung Pangkal Chuit adalah bersempena dengan program Juara Rakyat yang dianjurkan di Daerah Machang dan berlansung selama 3 hari bermula 1 April 2010.


Penduduk menunggu ketibaan Yang Berbahagia Dato' Seri Mustapa b Mohamed

Dato' Seri Mustapa Mohamed adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Tepat pada jam 5 petang, Dato' Seri Mustapa Mohamed datang bersama Ketua UMNO bahagian Machang iaitu Haji Ahmad Jazlan b Dato' Haji Yaakub menaiki kereta 4 x 4 mitsubishi berwarna hitam dan diiringi 4 buah buah kereta lain.



Destinasi pertama yang ditujui adalah melawat pesakit kronik kencing manis iaitu salah seorang penduduk kampung pangkal chuit En Ibrahim b Daud yang berumur 53 tahun. Beliau telah menderita sakit selama 3 tahun dan telah kehilangan kaki kiri hingga ke paras lutut akibat sakit kencing manis. Dengan keadaan keluarga yang kurang upaya, beliau tidak mampu untuk menyara kehidupan seharian yang mana beliau tidak boleh lagi melakukan kerja kerja membuat rumah sepertimana yang telah beliau usahakan dahulu.

Kedatangan Dato' Seri kerumahnya ibarat satu rahmat. Dato' Seri Mustapa Mohamed bertanya serba sedikit tentang latar belakang keluarga dan aktiviti harian seterusnya memberi bantuan dan sumbangan sebuah kerusi roda dan juga wang untuk menampung kehidupan seharian. Walaupun ianya tidak seberapa, sekurang kurang dengan itu, dapat membantu keluarga En Ibrahim untuk meneruskan kehidupan dan membiayai kos rawatannya ke hospital.








Setelah menghabiskan masa lebih kurang setengah jam, Dato' Seri Mustapa b Mohamed beralih ke lokasi lain di KRT Kampung Pangkal Chuit dan beliau menaiki Motosikal bersama dengan JKKP Kampung Pangkal Chuit iaitu Suhaimi b Ibrahim.

Mofash

No comments:

Post a Comment