Thursday, April 22, 2010

Panasonic Lumix Digital Camera sebagai hadiah untuk Blogger Terbaik

Salah satu kriteria yang akan diambil kira untuk perlawanan Dodgeball peringkat Zon Timur pada tahun 2010 ialah Penulisan Blog oleh seorang blogger. Hasil tulisan yang kreatif dan menarik adalah salah satu bahagian yang akan diambil kira untuk pemarkahan keseluruhan.

Panasonic telah menjadi salah satu badan yang memberi sumbangan dalam kejohanan Dodgeball ini dan kamera compact digital Lumix berwarna merah telah menjadi salah satu hadiah kepada pemenang yang memenangi Penulisan Blog Dodgeball Terbaik.


Sejarah dan nama Panasonic tercipta pada tahun 1918 diatas sebuah meja pertukangan didalam rumah Konosuke Matsushita dimana pada masa itu Matsushita mencipta 2 soket fixture cahaaya. Bermula saat itu, produk Panasonic telah menjadi salah satu kejayaan untuk syarikat Matsushita Electric Industrial Co. Ltd. yang kini pada tahun 2010 telah berusia 92 tahun.

Panasonic adalah satu syarikat pembuatan untuk barangan elektronik didunia. Dengan pengalaman yang seiring dengan kecanggihan teknologi yang semakin meningkat, Panasonic berdiri sebagai satu syarikat gergasi dah kukuh dari semasa ke semasa disamping polisi syarikat yang cuba mencapai kepuasan pengguna 100%. Sekarang, nama Panasonic sinonim dengan perkataan inovasi, berkualiti dan mudah digunakan.


Memang terdapat banyak jenis kamera digital yang boleh dipilih dari Panasonic tetapi hadiah untuk Blogger terbaik pada tahun 2010 adalah jenis kamera yang terhasil dari kerjasama dengan pembuat kamera negara Jerman iaitu Leica. Dengan kepakaran lens untuk kamera daripada teknologi Leica dan kepadatan dan kemantapan kamera yang dihasilkan oleh Panasonic, perlahan lahan Panasonic mengukir nama dalam penghasilan Kamera digital yang kecil, banyak fungsi dan mudah dibawa dan digunakan.




Kamera yang menjadi hadiah untuk Blogger Terbaik ini adalah berwarna merah dan dimuatkan dengan segala aksesori seperti buku manual untuk memahami penggunaan Kamera, wayar penghubung untuk memuat turun dari kamera ke komputer, wayar cas semula bateri dan lain lain.


Apa yang saya harapkan adalah saya bole menjadi pemenang dan memenangi kamera itu kerana ianya sinonim dengan warna pakaian, bendera, logo pasukan Dodgeball KRT Kami iaitu pasukan Pelakar Berdesum yang juga berwarna Merah....

Dengan warna pasukan kami, warna kamera digital panasonic yang diharapkan menjadi milik Blogger kami, Panasonic akan mencipta sejarah dan akan menjadi satu kenangan buat pasukan dan seluruh penduduk kampung kami kerana ianya akan menjadi Kamera yang akan digunakan untuk mengabadikan warna warni kehidupan kami di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangkal Chuit.

Mofash.

No comments:

Post a Comment