Monday, April 19, 2010

Pelancaran Skim Rondaan Sukarela di KRT Pangkal Chuit


Bertarikh 19 April 2010, satu majlis telah diadakan di balairaya KRT Pangkal Chuit iaitu Pelancaran Skim Rondaan Sukarelawan bagi KRT Pangkal Chuit. Majlis dimulakan dengan sessi pendaftaran ahli sukarelawan oleh pengerusi SRS En Mohd Sabri b Mahmood seterusnya diteruskan dengan jamuan Nasi Ayam yang telah siap dibungkus.


Sessi pendaftaran, En Mohd Sabri berbaju hijau

Selepas itu, tepat jam 9.30 malam, tetamu kehormat iaitu wakil dari IPD Machang, YDH Sjn Asri b Idris tiba di balai raya dan semua berkumpul didalam untuk majlis pelancaran SRS KRT Pangkal Chuit.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari En. Wan Hassan b Wan Hamat.



antara penduduk kampung yang hadir


Pengerusi Majlis, En Ahmed Mahmood berbaju merah

Pengerusi majlis En Ahmed Mahmood seterusnya menjemput Tuan Pengerusi KRT Pangkal Chuit menyampaikan sepatah dua kata membicarakan tentang isu isu semasa dan aktiviti aktiviti yang dijalankan di KRT Pangkal Chuit dan menyeru semua penduduk kampung untuk bekerjasama dan turut serta dalam aktiviti SRS.

Masalah kecurian kabel telefon kerap berlaku dan akibat dari kejadian itu hampir 40% penduduk kampung terputus hubungan termasuk rumah Pengerusi KRT Pangkal Chuit iaitu Wan Adnan B wan Aziz.



Setelah ucapan alu aluan daripada Pengerusi KRT Pangkal Chuit, Wan Adnan b Wan Aziz, Majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil IPD Machang iaitu YDH Sjn Asri dan seterusnya melancarkan Skim Rondaan Sukarelawan bagi KRT Pangkal Chuit.



Dalam penyampaian ucapan wakil IPD Machang, YDH Sjn Asri b Idris, beliau berkata perkara yang diutamakan sekiranya berlaku penangkapan terhadap pencuri atau pesalah laku, SRS hendaklah menghubungi Polis secepat mungkin dan tindakan seterusnya akan di ambil. Selain itu beliau menasihati penunggang motosikal hendaklah memakai helmet semasa menghantar anak anak ke sekolah walaupun jarak rumah adalah dekat untuk mengelakkan disaman oleh pihak polis.


Setelah Majlis pelancaran dilaksanakan oleh YDH Sjn Asri b Idris, Pengerusi KRT Pangkal Chuit saudara Wan Adnan b Wan Aziz, memberikan sedikit penghargaan dan malis diteruskan dengan pembahagian kawasan dan jadual kerja oleh naib pengerusi SRS Cikgu Mohd Zamri b Mustapha. Tepat jam 11.30 malam, majlis bersurai.

Puan Sarimah Mahmood wakil daripada Telekom Malaysia turut hadir dan menerima penghargaan dari Pengerusi KRT Pangkal Chuit.


Cikgu Mohd Zamri b Mustapha.

Kawasan Skim Rondaan Sukarelawan terbahagi kepada 4 post iaitu Post 1 Pangkal Tengah, Post 2 Simpang 4, Post 3 Lorong Bujang dan Post 4 Pangkal Pulai. Seramai 99 penduduk kampung telah mendaftar menjadi ahli SRS dan setiap post akan dijaga oleg paling kurang 5 orang.


Semoga dengan tertubuhnya SRS di KRT Pangkal Chuit, diharap agar semua penduduk kampung bekerjasama untuk turun padang dan masalah kecurian kabel dan masalah kecurian yang lain dapat diatasi.

Mofash

No comments:

Post a Comment