Saturday, April 10, 2010

Latihan Dikir Barat Dodgeball Pangkal Chuit dan Lagu Tema Pasukan

Setelah hampir seminggu pasukan fan fare dodgeball pangkal chuit tidak menjalani apa2 latihan nyanyian ataupun bunyi bunyian, pada malam sabtu, seramai 25 orang anak muda termasuk para pemain lelaki dodgeball pangkal chuit telah datang menghadirkan diri ke Balai Raya KRT pangkal chuit untuk berlatih bersama sama pasukan fan fare.


Cikgu Wan Sabri selaku Pengurus keseluruhan pasukan dodgeball yang seterusnya menjadi ketua penasihat persembahan fan fare memulakan acara dengan melagukan dua buah lagu pembukaan untuk fan fare dan dituruti diiringi dengan paluan gong, gendang nyanyian dan sebagainya lantas memeriahkan majlis latihan.


Cikgu Wan Sabri b Wan Sulaiman (Pengurus pasukan dodgeball KRT Pangkal Chuit)

Puan Normah daripada Jabatan Perpaduan Machang telah turut sama turun padang melihat sessi latihan yang dijalankan serta memberi sedikit taklimat tentang acara yang akan berlansung pada kejohanan dodgeball zon timur yang akan berlansung seminggu dari tarikh sekarang.

Lagu Tema " Pelakar Berdesum"...diadaptasikan dari lagu selagi ada rindu

x nati ada panas dan hujan..
x nati ada ribut dan tofan..
x nati ada guruh berdetum...
pade sakat pelakar berdesum

Selagi ada waktu..
selagi ada nya gu..
ari ni kita bertemu..
dengan pelakar berdesum

adat lawe, kita lawe (2x)
meme adat mene..
kita kace (2x) bia mene(2x)
dengan semangat juang

Palakar berdesum
satu pasuke baru
pekong tu bia berdesum
bia kena tepat tuju (3x)

Pelaka berdesum (7x)
pelaka berdesum
pelaka berdesum
pelaka berdesum
pelaka berdesum
pelaka berdesum
pelaka berdesuuuummmmmmm


Semua fanfare kelihatan begitu bersungguh sungguh dan bersemangat melagukan lagu yang telah digubah dan setiap seorang ahli telah diberi satu salinan A4 untuk menghafal lirik2 lagu. Pada malam ini, dikir barat fanfare telah diserikan oleh anak bongsu Tuan Pengerusi KRT Pangkal Chuit iaitu Fareed Audee dan abgnya achik dimana microphone dipegang olehnya dan suaranya yg comel dan nyaring lantang melagukan lagu dikir barat untuk Fanfare Dodgeball KRT Pangkal Chuit.



Fareed Audee

Lirik lagu kedua:
Jange takut ko ore

Jange la kito dok takut ko ore
baik la baik jaga permainae
ado pelue kita cari pelue
main la molek bia kito mene.....(ulang seluruh rangkap 3x)

Jago pakat jago, Jago berlako lako
ore dia tengoh duk kira nok pekon puak kita
jago pakat jago, jago berlako lako
ore kita kena jago jange sampa keno...(ulang seluruh rangkap 3x)

Dio sudah keno (2x)
aloh la wei la wei (ulang rangkap 3x)

sore x cukup (2x)
aloh la wei la wei (ulang rangkap 3x)

Dimana dio hero puak kito
hero puak kito hak paka no....

jaga molek wei (3x)
jange la bui kena (ulang rangkap 3x)


Cikgu Wan Sabri Wan Sulaiman berbaju biru memegang marumba bersungguh sungguh menjadi lead singer

Lirik lagu ke-3

Pelaka berdesum gak hebat sungguh
hebat dengan potongan tubuh
kalau tanding memang x jatuh
bia la kita moga2 jadi jaguh...




Setelah hampir berlatih selama 3 jam dari jam 9 malam hingga 12 malam, jawatankuasa KRT pangkal chuit telah menyediakan nasi kerabu sebungkus seorang dihidangkan dengan air teh kosong sebagai tanda terima kasih atas segala sumbangan yang diberikan. Semoga latihan dikir barat dan fan fare yang telah diadakan akan memantapkan lagi persembahan semasa kejohanan nanti.

Mofash.

Friday, April 9, 2010

Klinik Desa Jakar dalam kawasan KRT Pangkal Chuit diubahsuai

Sementara kita asyik berbicara tentang sukan dodgeball yang hanya tinggal beberapa hari lagi akan berlansung di Kuala Terengganu, saya ingin berbicara tentang perkara perkara yang berlaku di sekitar kawasan KRT Pangkal Chuit.

Setelah hampir 16 tahun Klinik Desa Kampung Jakar yang terletak di kawasan KRT pangkal Chuit beroperasi, kini Klinik itu sedang dibaik pulih dan diberi wajah baru dengan menggantikan dinding kayu yg menjadi bahan binaan asal untuk bangunan klinik desa dengan dinding konkrit dan simen.



Kerja kerja merombak dan membuang dinding dinding kayu yang telah reput dan usang dilakukan oleh sekumpulan 8 orang pekerja binaan yang telah dupah oleh kementerian kesihatan negeri Kelantan yang mana kesemua pekerja bukanlah anak jati KRT Kampung Pangkal Chuit dan berasal dari daerah daerah lain. Kerja kerja pembinaan bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.



Walaupun kerja kerja pembinaan memang amat membisingkan dan menyakitkan telinga khususnya telinga saya sendiri kerana rumah saya berada betul betul disebelah Klinik itu. Namun saya tetap berbangga sekiranya binaan bangunan baru untuk Klinik Desa Jakar cantik dan kewujudannya semakin memberi manfaat kepada seluruh KRT Pangkal Chuit dan kawasan sekitarnya.

Mofash

Sunday, April 4, 2010

Jersi dan pakaian rasmi untuk Pasukan Dodgeball KRT Pangkal Chuit

Selepas berakhirnya program Juara Rakyat yang berlansung selama 3 hari bermula 1 april hingga 3 april 2010 di bandar Machang, kini saya kembali untuk fokus pada pasukan Dodgeball dan perkara perkara berkaitan dengan sukan ini. Ini kerana perlawanan akhir Zon timur akan berlansung beberapa minggu sahaja lagi dan segala persiapan harus dibuat teliti dan segera.

Barisan tenaga pemain, pasukan sorak dan penyelia bertungkus lumus berlatih untuk memantapkan lagi pertahanan dan strategi untuk perlawanan. Hari ini, saya, Cikgu Wan Sabri dan abg Rozali iaitu Bendahari KRT Pangkal Chuit pergi untuk menempah jersi dan pakaian untuk para pemain, pasukan sorak dan juga penyelia.


Logo pasukan iaitu pelakar berdesum telah direka oleh Encik Wai Tat yang juga Ahli Jawatankuasa Malaysian Dodgeball Association yang mana menunjukkan awan yang menggenggam kilat yang berdentum. Ini juga telah memaparkan pasukan KRT kami tidak gentar dengan sebarang halangan dan bersedia berlawan dengan kepantasan kilat dan kekuatan yang akan menggegarkan bumi.


Nama Pelakar Berdesum pada mulanya diilhamkan oleh Cikgu Wan Sabri iaitu Pengurus Keseluruhan Pasukan Dodgeball KRT Pangkal Chuit yang bermaksud sepantas kilat atau dalam bahasa inggerisnya "Thunder Storm". Walaupun pada asalnya nama "Thunderstorm" dipilh untuk menjadi nama pasukan, tetapi untuk mengekalkan imej kemelayuan dan menepati Konsep 1 Malaysia sambil menampilkan ciri ciri identiti setempat, nama Pelakar Berdesum akhirnya menjadi pilihan.


Saya menunggu Cikgu Wan Sabri dan abg Rozali pada jam 3.30 petang untuk bertemu dengan orang yang akan membuat Jersi untuk pasukan kami di Jamada sports & trading yang terletak di tengah bandar Machang dan bersebelahan dengan Sekolah Menengah Hamzah. Walaupun Hujan turun renyai renyai, saya berlari dari tempat letak kereta membawa lattop untuk menunjukkan design baju yang telah saya reka dan dipersetujui oleh semua ahlijawatankuasa KRT Pangkal Chuit.


Encik Yahya b Jamada Ali, pemilik kedai jersi Jamada di bandar Machang

Baju yang telah dipilih adalah berwarna merah menepati warna bendera negeri Kelantan dan 3 jenis baju telah dipilih bersesuaian dengan 3 kategori iaitu baju untuk pemain, untuk pasukan sorak dan juga baju untuk penyelia.




Baju yang telah dipilih.

Setelah menghabiskan masa kira kira satu jam 30 minit di kedai itu, kami bersurai pada jam 5.00 petang dan akan berjumpa untuk berbincang tentang hal hal berkaitan pada masa yang lain.

Mofash

Friday, April 2, 2010

Rumah rakyat termiskin Hadiah Dato' Seri Mustapa b Mohamed utk Che Mat Razami b Che Pa

Keluarga Che Mat Razami adalah sebuah keluarga besar dimana dia telah dikurniakan 12 cahayamata lelaki dan perempuan. Usia anaknya yang paling tua adalah 24 tahun dan yang termuda berusia 2 bulan. Bagi yang sulung, anaknya sudah bekerja untuk menyara keluarganya yang ramai. Usia Che Mat razami b Che Pa ialah 49 tahun dan isterinya Sakila bt Hussin adalah 41 tahun.

Apabila Dato' Seri Mustapa Mohamed tiba di lokasi, Dato' Seri bersalaman dengan semua penduduk kampung yang datang untuk memeriahkan sambutan Menteri turun padang melawat kawasan tetangga yang amat jarang sekali berlaku. Setelah itu, Dato' Seri telah diminta untuk memaku salah sebuah dinding rumah yang dihadiahkan kepada keluarga Che Mat Razami.


Bersalaman bersama penduduk kampung.


Dato' Seri Mustapa Mohamed bersama penerima rumah rakyat termiskin Che Mat Razami

Semoga ini akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh keluarga Che Mat Razami. Setelah itu, Dato' Seri memasuki rumah tersebut dan meninjau seluruh ruang yang ada.




Setelah berkenalan dan menemubual keluarga Che Mat Razami dan Isterinya Sakila bt Hussin, beliau melawat sekitar kawasan rumah tersebut dan akhirnya temuramah eksklusif dari RTM bersama Dato' Seri Mustapa dan keluarga Che Mat Razami dirakam.



Temuramah oleh Berita RTM

Setelah menghabiskan masa lebih kurang 40 minit dirumah keluarga Che Mat Razami b Che Pa, Dato' Seri Mustapa b Mohamed telah dijamu oleh ahli jawatan kuasa KRT Pangkal Chuit dengan menyediakan bihun goreng dan kuih tradisional seperti karipap dan pulut bakar. Setelah menghabiskan minuman dan makanan serta berehat hampir 10 minit, Dato' Seri berangkat meninggalkan kawasan Rukun Tetangga Kampung Pangkal Chuit dan menuju ke destinasi lain.




Dato' Seri Mustapa Mohamed meluangkan masa bersama rakyat tanpa sebarang jurang pangkat dan usia.

Sesungguhnya penduduk kampung pangkal chuit amat berterima kasih dengan sumbangan dan kesudian Dato Seri turun padang melawat kawasan KRT kampung kami dan berharap agar Dato' Seri tidak serik untuk datang melawat lagi ke kampung kami.

Kalau ada sumur di Ladang....
Bolehla saya menumpang mandi...
Kalau ada umur yang panjang..
Moga kita kan bertemu lagi...

Mofash

Dato' Seri Mustapa Mohamed Bermotor melawat kawasan KRT Kampung Pangkal Chuit

Bagi memantau dan meninjau keadaan sebenar di kawasan rukun tetangga Kampung Pangkal Chuit, Dato' Seri Mustapa b Mohamed menaiki motor dan bergaya seperti orang kampung walaupun beliau memakai pakaian rasmi iaitu batik dan bersepatu hitam. Suhaimi b Ibrahim iaitu Ketua JKKP KRT Kampung Pangkal Chuit membawa motosikal dan mengendong Dato' Seri Mustapa.








Setelah menghabiskan masa hampir 10 minit di atas motosikal mengelilingi Kawasan KRT Kampung Pangkal Chuit, Dato' Seri Mustapa b Mohamed melawat sebuah lagi keluarga iaitu Keluarga Che Mat Razami b Che Pa.

Lawatan Dato' Seri Mustapa b Mohamed ke KRT Kampung Pangkal Chuit Bahagian 1

Tanggal 2 April 2010 adalah tarikh paling bersejarah bagi penduduk kampung pangkal chuit kerana Yang Berbahagia Dato' Seri Mustapa b Mohamed datang turun padang melawat kawasan kawasan rukun tetangga dan beramah mesra dengan penduduk setempat. Lawatan Dato' Seri ke kawasan rukun tetangga Kampung Pangkal Chuit adalah bersempena dengan program Juara Rakyat yang dianjurkan di Daerah Machang dan berlansung selama 3 hari bermula 1 April 2010.


Penduduk menunggu ketibaan Yang Berbahagia Dato' Seri Mustapa b Mohamed

Dato' Seri Mustapa Mohamed adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Tepat pada jam 5 petang, Dato' Seri Mustapa Mohamed datang bersama Ketua UMNO bahagian Machang iaitu Haji Ahmad Jazlan b Dato' Haji Yaakub menaiki kereta 4 x 4 mitsubishi berwarna hitam dan diiringi 4 buah buah kereta lain.



Destinasi pertama yang ditujui adalah melawat pesakit kronik kencing manis iaitu salah seorang penduduk kampung pangkal chuit En Ibrahim b Daud yang berumur 53 tahun. Beliau telah menderita sakit selama 3 tahun dan telah kehilangan kaki kiri hingga ke paras lutut akibat sakit kencing manis. Dengan keadaan keluarga yang kurang upaya, beliau tidak mampu untuk menyara kehidupan seharian yang mana beliau tidak boleh lagi melakukan kerja kerja membuat rumah sepertimana yang telah beliau usahakan dahulu.

Kedatangan Dato' Seri kerumahnya ibarat satu rahmat. Dato' Seri Mustapa Mohamed bertanya serba sedikit tentang latar belakang keluarga dan aktiviti harian seterusnya memberi bantuan dan sumbangan sebuah kerusi roda dan juga wang untuk menampung kehidupan seharian. Walaupun ianya tidak seberapa, sekurang kurang dengan itu, dapat membantu keluarga En Ibrahim untuk meneruskan kehidupan dan membiayai kos rawatannya ke hospital.








Setelah menghabiskan masa lebih kurang setengah jam, Dato' Seri Mustapa b Mohamed beralih ke lokasi lain di KRT Kampung Pangkal Chuit dan beliau menaiki Motosikal bersama dengan JKKP Kampung Pangkal Chuit iaitu Suhaimi b Ibrahim.

Mofash

Thursday, April 1, 2010

Gotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Kawasan Rukun Tetangga kampung Pangkal Chuit

Apabila bercerita tentang tanah perkuburan, mesti ramai antara kita yang akan berasa sedikit seram dan takut. Orang orang tua sering menakutkan anak anak tentang adanya hantu yang menakutkan disekitar kawasan kubur, namun pada logiknya, kanak kanak dilarang untuk bermain dikawasan tanah perkuburan kerana ianya adalah kawasan yang dihormati dan jika boleh, kita tidak harus mengganggu kawasan penyemadian orang orang yang telah pergi.


Setelah agak lama kawasan tanah perkuburan kawasan rukun tetangga Kampung Pangkal Chuit ini tidak dibersihkan, rumput rumput telah naik meninggi, semak samun telah menutupi batu batu nesan dan akibat dari hujan melampau, tanah tanah telah bergerak dan menutupi sebilangan kubur yang mana boleh membuatkan keluarga keluarga keliru dan tercari cari kubur sanak saudara mereka.

Atas alasan itu, Ahli jawatan kuasa dan pengerusi Kawasan rukun tetangga kampung pangkal chuit telah bermesyuarat dan tarikh 2 April 2010 telah dipilih untuk mengadakan gotong royong bersama seluruh penduduk kampung membesihkan kawasan tanah perkuburan kampung kami.


Motor motor penduduk kampung yang memenuhi pintu masuk tanah perkuburan

Seawal jam 8.00 pagi, hampir 85 orang penduduk kampung x kira tua dan muda seawal umur 7 tahun datang ke kawasan tanah perkuburan mukim Jakar yang berada dalam Kawasan Rukun Tetangga Kampung Pangkal Chuit. Semuanya membawa alatan masing masing. Ada yang membawa cangkul, ada yang membawa parang, sabit, mesin rumput dan ada yang membawa kamera untuk mengambil gambar aktiviti...dan orang itu adalah saya sendiri.


Gotong royong dimulakan dengan menebas semak samun menggunakan parang dan sabit, dan bagi yang membawa mesin rumput, hampir satu kawasan tanah perkuburan ini dibahagi beberapa kawasan kepada beberapa orang yang memesin rumput. Lain lain orang membetulkan batu batu nesan yang telah senget, mengumpulkan daun daun kering dan rumput rumput yang telah dimesin untuk dibakar, dan ada yang membetulkan kubur kubur yang telah tenggelam atau rosak akibat hujan dan peralihan tanah.




Setelah hampir 2 jam kerja kerja pembersihan dijalankan, ahli jawatankuasa KRT kampung Pangkal Chuit datang membawa makanan dan minuman sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang dilakukan. Menu makanan adalah nasi berlauk dan juga meehoon goreng beserta air teh kosong sebagai minuman.



Acara gotong royong tamat pada jam 11 pagi dah setelah selesai, semuanya bersurai dan bersiap untuk menunaikan solat jumaat pula. Semoga usahasama antara penduduk kampung pangkal chuit ini akan berterusan bagi program program lain akan datang dan semoga kesejahteraan dan keharmonian kehidupan antara penduduk kampung akan terus dikecapi bersama.

Hingga lain waktu..

Mofash